Monday, 6 May 2013

Suratan atau kebetulan

Assalamualaikum...

Subhanallah.. Satu keajaiban saya jumpa pada hari ini. Nak dijadikan cerita, saya ada fren dengan sorang akak nie kat fb, saya pon tak tau macam mana boleh fren dan bila kami fren. Mungkin dah lama. Saya je yang tak perasan, tp sejak dua menjak nie baru saya perasan yang kami ni fren sebab kami update mengenai sesuatu yang sama ikot musim kan. Mungkin sebab ideologi kami sama (maaf saya guna ayat awak) jadi saya pon perasanlah kewujudan akak nie di fb saya (maaf ye kak).
Tadi akak nie (nama dirahsiakan) chat la dengan saya sebab dia ingat saya nie saudara mara dia. Apa yang menark perhatian saya, nama saya (nama penuh sekali nama ayah) sama dengan nama saudara dia tu. Sudah suratan nama kami sama. Dan sudah suratan kami berkenalan disebabkan nama itu kerana ideologi kami sangat sama (sya pinjam lagi ayat awak).
Satu keajaiban yang dapat saya ketahui pada hari ini ada orang nama sama dengan saya, dan nama bapa juga sama.. Alhamdulillah..

Wassalam..

Sunday, 5 May 2013

Tunggu ^_^

Assalamualaikum....

Tunggu lah kebangkitan kami (anak muda) 5 tahun lagi..
Batch '93-'97

In Shaa Allah...

Friday, 3 May 2013

Seseorang a.k.a Someone

Assalamualaikum..

Hai. Hari saya dah taknak buat post macam yang sebelumnya. Huhu..
Walaupun saya masih belum cukup umur untuk mengundi, tetapi saya sudah cukup umur untuk berfikir pilihan mana yang terbaik. Fahamkan maksud saya.
Ok. stop it. Tak nak post konon, terlebih jugak.. hehe (maafkan saya)

Back to the main topic. Seseorang a.k.a Someone. Agak-agak korang apakah yang saya nak cerita ni?
Usually, bila kita sebut someone or seseorang ni orang pasti akan fikir someone yang special bagi kita kan?! cik d-bah je yang pikir gitu. muahaha Sebenarnya tadi saya jumpa someone, stranger tapi sangat peramah.. Dia sangat jujur orangnya. Saya suka berkawan dengannya walaupun kami cuma kenal hanya beberapa jam saja. Perangainya yang gila2 memang masuk dengan saya, saya rasa macam dah lama kenal dia. Namanya Nazirah kalau tak silap la. Someone yang fist time jumpa tapi macam da lme kenal. maybe kami ade chemistry mungkin. Hehe. Alhamdulillah jumpa dengan orang baik2. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

Apa yang pasti, perjumpaan kami tu semuanya Allah sudah tentukan.
Terima kasih banyak2 kerana sudi membaca.

Wailal liqa'
Ma'as salamah.

Sunday, 28 April 2013

Kenapa! kenapa! kenapa!

Assalamualaikum...

Hai sume...Sihat? Alhamdulillah.. jangan lupe mengucapkan Alhamdulillah kerana masih berpeluang hidup pada hari ini... Hari ini saya ingin berkongsi sikit pandangan saya tentang hal yang sama macam entry lepas.
Menurut pemerhatian saya lah kan, golongan2 yang menyokong kerajaan a.k.a  b****** ******** nie kan cepat sentap. betol x? kadang kita cakap sikit je pasal politik diorang dah melenting. Padahal kita tak sebut pon parti yang mereka sokong itu. Diorang dah sentap. Mungkin sebab betol apa yang kita cakap itu. Memang kena dengan parti mereka. Tetapi mereka sudah tahu yang mereka telah menyokong yang salah, mengapa mereka masih lagi menyokong? Adakah mereka buta, jahil atau sengaja buat diri mereka buta dan jahil? Ini yang menjadi tanda tanya sekarang ini. Mungkin mereka belum lihat kebenaran, atau belum mendapat petunjuk. Semoga mereka cepat mendapat petunjuk. Buka minda mereka, untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Yang mana perlu disokong dan yang mana tidak perlu.
Maafkan saya jika ada mengguris hati pembaca sekalian, saya cuma suarakan apa saya rasa benar. Setiap orang boleh memberi pendapat masing, sebab itulah kita menjadi sebuah negara yang berdemokrasi.Rakyat memilih pemimpin, jadi saya rasa tak salah saya menyuarakan pendapat kerana saya juga berhak memilih pemimpin.

#Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negaraatau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marxia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).#

P/S: saya seorang yang baru belajar, harap dapat memberi teguran atas kekhilafan saya
mohon maaf sekali lagi

wailal liqa'
ma'as salamah

Friday, 26 April 2013

Berpolitik!

Assalamualaikum..

Kebelakangan ini, dekat mana2 saja pasti kita dengar citer politik. Citer politik sana, citer politik sini. Yelah kan.. Tak lama lagi nak mengundi kan.. memang macam nie la.. Tapi yang membuatkan Cik D-bah hangin nie, rancangan tv sumenye ditunda especially TV... tuuuuutttt
Seminggu ni xdek langsung rancangan pukul 9 malam macam biasa tu.. Memanjang tayang pasal politik. sudah la dekat berita pon politik. Yang jadi tak sedapnya, TV tersebut hanya menayangkan satu pihak sahaja, adakah parti politik ini cuma 1 di negara tettttt? sedangkan kalau lalu lah kat mana2 jalan bagi sesiapa yang tak tau ade berapa parti politik dinegara tetttt macam bendera ada.. Ada penimbang, ada bulan, ada roket dan macam2 lagi.. Tapi yang ditayangkan di televisyen cuma satu iaitu tettttt?dacing. Adakah ini dinamakan bertanding secara adil? sperti yang dikatakan oleh mereka?? Pasal berkempen juga telah menunjukkan ketidakadilannya mereka.. apatah lagi yang laen..
Kalau itu ramai lagi x nampak tak taula... So, kita mestilah berfikir sewaras-warasnya.. Siapakah yang layak menjadi pemimpin untuk masa depan negara?? Fikirlah sejenak..
Lagi satu yang saya tak suka cara mengempen orang2 ini, mengutuk ulama'.. Kalau awak tak nak memilih ulama janganlah sampai mengutuk mereka.. Ilmu mereka lebih tnggi dari awak2 semua tau tak?? Semoga Allah membuka hati mereka2 ini.. Terlalu taksub dengan ketua, sampai ada yang sanggup tak nak masuk syurga.. Nauzubillah..

cukup lah sampai disini luahan pendapat saya..

Wailal Liqa'

Saturday, 20 April 2013

Re-update

Assalamualaikum..

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca tegar blog saya ada ke? haha adakan saja  sebab saya dah lama tak update blog ini.. Sudah sekian lama blog ini ditinggalkan.. Nak kata sibuk, 'idokle' (bak kate orang perak) yeke!!?? hmmm yang bermaksud tidak.. hihi. Sudah bersawang bagai dah blog ni. Penat saya mengemasnye.. hahaha.. (gelak yang tidak bermaksud apa2)  Apa2 pon pada hari ini marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa sebab masih meminjamkan kita nyawa pada hari ini. Alhamdulillah..
Haa..!! teringat saya pada suatu perkara yang dibincangkan bersama abah tempoh hari.. Mengenai perkataan 'Yang MAHA mulia'.. (sengaja saya membesarkan perkataan itu).. Pada pendapat abah saya dari apa yang beliau menuntut ilmu bersama tok guru selama ini, 'Yang MAHA mulia' hanya boleh digunakan pada Allah sahaja.. Tetapi yang memusykilkan saya lagu negeri p***** ade menyebut duli 'yang MAHA mulia', persoalan sekarang ini adakah berdosa kita menyanyikan lagu tersebut kerana kita seperti mengagungkan S***** sama tarafnya dengan Allah S.W.T.. Astaghfirullahalazim.. So, sama2 lah kita mencari kebenaran ini dengan mendalami ilmu agama dengan lebih jauh lagi.. In Shaa Allah..
kepada pembaca-pembaca tegar blog saya ini, saya minta jasa baik anda yang mana tahu mengenai hal ini tolong komen dan jelaskan kepada kita semua.. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.. In Shaa Allah..

P/S: marilah kita berkongsi ilmu disini
(saya bukanlah berilmu tinggi tapi saya cuma berkongsi apa yang saya tahu, harap anda juga seperti itu)
syukran jazilan

Wailal liqa'
ma'as salamah

Saturday, 2 February 2013

Re-update blog

Assalamualaikum...

Lama dah x menjejakkan diri ini kt sini... cerite?? mmg bnyk.. tp x tau nak start yg mne... so just want to say hello kat sume...

#xdek keje la nie#

Monday, 28 January 2013

KPP test

Assalamualaikum...

just nak bagi tau sok cik d-bah ad kpp test.. ujian statik..
hope lulus dengan jayanya..
Doakan kejayaan saya...

thanx..

Monday, 21 January 2013

TOTI oh TOTI

Assalamualaikum...

Toti?? mesti korang tertanya-tanya kan??!!
Toti adalah roti dalam bahasa perancis.. hahaha.. Ekceli, p'kataan toti tu Cik d-bah dapat dari anak sedare cik d-bah.. dye pelat.. Dye panggil roti tu toti..
Ceriter ari nie mengisahkan roti la.. (atau nama glamournye toti) hehehe...
Hari nie Cik d-bah bekerja sbgi pembantu d kdai roti.. ari nie belajar timbang doh..
Dkat kedai roti, cik d-bah buat macam kalu nak tau.. x nak tau pon x pe la.. nk ckp jgak.. hahahaha
Cik d-bah seal paket roti, timbang doh, jge kdai skjap.. mmg menyeronokkan.. toti pon toti la.. janji sodapp...!!!

#sekadar berkongsi pengalaman hidup, kepada yang sudi membaca.. terima kasih diucapkan.. kepada yang x nak baca, tersakit hati bace entry cik d-bah nie g men jauh2.. hehe#

Wassalam...

Friday, 18 January 2013

PERINGATAN 2 - kita sebenarnya...


Assalamualaikum..


KITA SEBENARNYA.. lebih gembira
menyambut 1hb. Januari daripada 1
Muharram.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14
Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan
hari Sabtu dan Ahad daripada hari
Jumaat.
KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk
mendengar lagu daripada mendengar
azan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur,
tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-
artis kita daripada nama para sahabat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut
helo atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi
daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih
suka memuji manusia daripada Tuhan
kita sendiri.
KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih
suka membaca majalah daripada buku
agama dan al-quran.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke
konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka
memaki,mengumpat orang daripada
mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut
daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka
kemungkaran daripada berbuat
kebaikan.
KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dengan
kejahilan kita daripada bersyukur dengan
keimanan kita.
KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan
dunia daripada urusan akhirat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke
syurga daripada neraka..

Btol kan?? Sedikit sebanyak ade betulnye.. So. hari ini kita sume terpanggil untuk mengubah diri kita dengan entry ni.. In Shaa Allah.. Mulai hari ini jom kita sma2 terbalikkan ayat di ats dengan mengubah diri kita.. Ubah perlahan2 diri kita ke arah kebaikan.. tetapi Istiqomah.. ok... 

#sekadar peringatan utk sume dan diri saye sendiri#
(maaf andai terase)
Cik D-bah

Thursday, 17 January 2013

PERINGATAN

Assalamualaikum...

Hai.. da lme jgak cik d-bah x wat entry kan.. Hari nie cik d-bah nak wat entry berdasarkan pemerhatian cik d-bah.. Orang Melayu Islam zaman sekarang nie banyak da terbalik.. Sebagai contoh, cara-cara menjawab telefon.. Yang bese kite dengar orang jwb telefon : 'Helo.. Assalamualaikum..'
terbalik kan!! sepatotnya Salam dahulu baru helo.. Ataupon salam sahaja.. Kalau kite jumpa orang kita akan bagi salam kan.. kenapa dalam telefon kita x bagi salam dulu, sebaliknya kita ucapkan helo terlebih dahulu.. Sebagai muslim dan muslimah, kite mesti ubah cara kita menjawab telefon.. kalau kita praktikkan selalu lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.. betol x??
Sebenarnya cik d-bah pon selalu jwb telefon dengan cara yang kurang betol... Helo.. Assalamuaikum..
Emm.. lepas nie kite sume kene ubah la cara kite jwb telefon.. kn3!!

Maaflah kepada sesape yang x suke dengan post ini.. Semua yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari diri sya sendiri.. harap dibetulkan jika ada yang salah..

#entry kali ini lebih kepada bertazkirah pendek.. sekadar untuk mengingatkan semua dan diri saya jgak#
Cik d-bah...

Monday, 14 January 2013

sAye HeBat!!!

Assalamualaikum...

Hai sume.. Tjuk entry kali nie sangat2 berlagak n gedik.. haha..
Saye hebat sebab dapat jadi macam2 dalam minggu nie dengan jayanya..
*mula2 cik d-bah jadi 'D-bah deko'.. ekceli, menjadi penasihat deko emak tersayang untuk mengubah suai perabot2 di rumah ini.. beselah pengnggur terhormat yang mempunyai banyak masa
*then, beberapa hari lepas cik d-bah jadi  'dibah tong gas'..(mcm bedah tong gas tu).. haha.. cik d-bah berjaya selesaikan masalah keluarga cik d-bah yang tak dapat bukak kepala gas kat dapur.. bngge sekejap sebab cik d-bah je bleyh bukak..
*last, cik d-bah jadi jurumekap.. ekceli bagi pendapat je kak kakak cik d-bah di majlis tett....

disebabkan sume nie cik d-bah merasakan diri cik d-bah hebat.. haha..

#hanya untuk suka-suka.. tiada kene mengene dengan sesiapa.. #

# TIADA YANG HEBAT MELAINKAN ALLAH S.W.T#

Ingat tuh!!
salam syg sume... hehe

Tuesday, 8 January 2013

Mmg 'mak' selute kau lah


Assalamualaikum..

Cik d-bah mmg selute spe yang wat video nie.. Perli abes.. Gempak la.. Layan...

#mmg best.. series!#

Monday, 7 January 2013

Lagu Sedih

Assalamualaikum..

Tajuk entry kali nie x dek kene mengene yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. Dengan ini saye, Cik d-bah ingin memaklumkan bahawa blog saye telah tukar muzik tema (x cakap pon tak pe, da terang2 orang dengar) hehe.. Music theme ini sengaja ditukarkan kepada muzik sedih kerana....
jeng!! jeng!! jeng!!
x dek pape.. hahaha.. sedap didengar bukan?? jadi, same2 la kite hayatinye.. hehe

#saje mengisi masa terluang yang begitu banyak kerana saya bukan lagi PELJAR SEKOLAH.. hehe#
#jobless person also#

Kawan Oh Kawan

Assalamualaikum...

Hai sume (^_^)..
Pejam celik, pejam celik lebih kurang seminggu kite berada dalam tahun 2013.... And kepada sume PELAJAR-PELAJAR sekolah mesti ada beli baju sekolah n peralatan sekolah baru kan.. And mesti excited masuk tahun baru sebab dapat pergi sekolah kan?? Cik d-bah pon excited jgak.. walaupon saye dah x sekolah dah.. (gedikss!!) .. huhu.. Bile pergi sekolah semestinya kita akan jumpa kawan-kawan.. Seronoknya.. Rindu saat2 bersama diorang.. Especially kwn2 rapat cik d-bah.. My roomate.. rindu korang, rindu nak makan sama2, rindu nak mandi same2, tdo sme2.. n mcm2 lg.. Actually (bce gye minah ekceli skit), Cik d-bah bleyh buat post nie, gara2 tgok iklan kerepek kentang Win2 tu kt tb petang tadi. Tibe2 teringat kat member sorang nie.. ingat  lagi kteorg mkan kerepek tu kat dpan loker Cik d-bah mase balik sekolah.. Tgah syok2 lepak kat tangge, tbe2 tringat kat kerepek tu, terus je balik dom semata2 nak makan kerepek tu.. haha. lawak sgt. Emm.. kami mmang ske lepak kat tangge 'batu cave' kat ostel tu stiap kali balik sekolah ari jumaat.. x dek keje, tapi tu la keje kiteorg.. hahaha.. Smbil2 'cuci mate'.. haha.. Lepas abes lepak kat tangge tu, aktiviti seterusnya tgok tb.. haha.. Penah skali melepak kat bilik tb tu dari balik sekolah smpi petang.. gile arrhh.. tp tu la kiteorg. Ade je yang x suke, tp ade kiteorg KESAH!! haha.. Mentang2 exco berlagak plak.. haha.. tp xpe.. sume tu da berlalu.. Tinggal kenangan je la.. Sedih sgt x dpt join korang saat2 akhir, sbbnye korang semua tau.. huhu.. tapi dalam mase lebih kurang 5 tahun kite bersama, macam2 criter kte ade, kalu nak disenaraikan sampai esok pon x abes... D sbbkn itu, (da mcm lirik lagu la plak) Cik d-bah pilih2 je, nsib la yang mne kene.. haha... mari kita lihat siapa yang kena!! Sebenarnya x yah nak state kat sini pon x pe sbbnye sume yang berlaku da terpahat dalam memori kita semua... Sayang korang semua...
Tapi cik d-bah ttap nak statekan jugak kenangan kite kat sini.. hehe

nie gmbr2 mse kte fom 4

nie gmbr mse form 5 plak...

sebenarnye banyak lagi.. tapi x larat nk upload... bnyak sgt... hehe

RINDU KOWANG!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...