Hai sume...Sihat? Alhamdulillah.. jangan lupe mengucapkan Alhamdulillah kerana masih berpeluang hidup pada hari ini... Hari ini saya ingin berkongsi sikit pandangan saya tentang hal yang sama macam entry lepas.
Menurut pemerhatian saya lah kan, golongan2 yang menyokong kerajaan a.k.a b****** ******** nie kan cepat sentap. betol x? kadang kita cakap sikit je pasal politik diorang dah melenting. Padahal kita tak sebut pon parti yang mereka sokong itu. Diorang dah sentap. Mungkin sebab betol apa yang kita cakap itu. Memang kena dengan parti mereka. Tetapi mereka sudah tahu yang mereka telah menyokong yang salah, mengapa mereka masih lagi menyokong? Adakah mereka buta, jahil atau sengaja buat diri mereka buta dan jahil? Ini yang menjadi tanda tanya sekarang ini. Mungkin mereka belum lihat kebenaran, atau belum mendapat petunjuk. Semoga mereka cepat mendapat petunjuk. Buka minda mereka, untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Yang mana perlu disokong dan yang mana tidak perlu.
Maafkan saya jika ada mengguris hati pembaca sekalian, saya cuma suarakan apa saya rasa benar. Setiap orang boleh memberi pendapat masing, sebab itulah kita menjadi sebuah negara yang berdemokrasi.Rakyat memilih pemimpin, jadi saya rasa tak salah saya menyuarakan pendapat kerana saya juga berhak memilih pemimpin.
#Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negaraatau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marxia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).#
P/S: saya seorang yang baru belajar, harap dapat memberi teguran atas kekhilafan saya
mohon maaf sekali lagi
wailal liqa'
ma'as salamah
No comments:
Post a Comment