Saturday, 20 April 2013

Re-update

Assalamualaikum..

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca tegar blog saya ada ke? haha adakan saja  sebab saya dah lama tak update blog ini.. Sudah sekian lama blog ini ditinggalkan.. Nak kata sibuk, 'idokle' (bak kate orang perak) yeke!!?? hmmm yang bermaksud tidak.. hihi. Sudah bersawang bagai dah blog ni. Penat saya mengemasnye.. hahaha.. (gelak yang tidak bermaksud apa2)  Apa2 pon pada hari ini marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa sebab masih meminjamkan kita nyawa pada hari ini. Alhamdulillah..
Haa..!! teringat saya pada suatu perkara yang dibincangkan bersama abah tempoh hari.. Mengenai perkataan 'Yang MAHA mulia'.. (sengaja saya membesarkan perkataan itu).. Pada pendapat abah saya dari apa yang beliau menuntut ilmu bersama tok guru selama ini, 'Yang MAHA mulia' hanya boleh digunakan pada Allah sahaja.. Tetapi yang memusykilkan saya lagu negeri p***** ade menyebut duli 'yang MAHA mulia', persoalan sekarang ini adakah berdosa kita menyanyikan lagu tersebut kerana kita seperti mengagungkan S***** sama tarafnya dengan Allah S.W.T.. Astaghfirullahalazim.. So, sama2 lah kita mencari kebenaran ini dengan mendalami ilmu agama dengan lebih jauh lagi.. In Shaa Allah..
kepada pembaca-pembaca tegar blog saya ini, saya minta jasa baik anda yang mana tahu mengenai hal ini tolong komen dan jelaskan kepada kita semua.. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.. In Shaa Allah..

P/S: marilah kita berkongsi ilmu disini
(saya bukanlah berilmu tinggi tapi saya cuma berkongsi apa yang saya tahu, harap anda juga seperti itu)
syukran jazilan

Wailal liqa'
ma'as salamah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...