Sunday, 28 April 2013

Kenapa! kenapa! kenapa!

Assalamualaikum...

Hai sume...Sihat? Alhamdulillah.. jangan lupe mengucapkan Alhamdulillah kerana masih berpeluang hidup pada hari ini... Hari ini saya ingin berkongsi sikit pandangan saya tentang hal yang sama macam entry lepas.
Menurut pemerhatian saya lah kan, golongan2 yang menyokong kerajaan a.k.a  b****** ******** nie kan cepat sentap. betol x? kadang kita cakap sikit je pasal politik diorang dah melenting. Padahal kita tak sebut pon parti yang mereka sokong itu. Diorang dah sentap. Mungkin sebab betol apa yang kita cakap itu. Memang kena dengan parti mereka. Tetapi mereka sudah tahu yang mereka telah menyokong yang salah, mengapa mereka masih lagi menyokong? Adakah mereka buta, jahil atau sengaja buat diri mereka buta dan jahil? Ini yang menjadi tanda tanya sekarang ini. Mungkin mereka belum lihat kebenaran, atau belum mendapat petunjuk. Semoga mereka cepat mendapat petunjuk. Buka minda mereka, untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Yang mana perlu disokong dan yang mana tidak perlu.
Maafkan saya jika ada mengguris hati pembaca sekalian, saya cuma suarakan apa saya rasa benar. Setiap orang boleh memberi pendapat masing, sebab itulah kita menjadi sebuah negara yang berdemokrasi.Rakyat memilih pemimpin, jadi saya rasa tak salah saya menyuarakan pendapat kerana saya juga berhak memilih pemimpin.

#Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negaraatau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marxia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).#

P/S: saya seorang yang baru belajar, harap dapat memberi teguran atas kekhilafan saya
mohon maaf sekali lagi

wailal liqa'
ma'as salamah

Friday, 26 April 2013

Berpolitik!

Assalamualaikum..

Kebelakangan ini, dekat mana2 saja pasti kita dengar citer politik. Citer politik sana, citer politik sini. Yelah kan.. Tak lama lagi nak mengundi kan.. memang macam nie la.. Tapi yang membuatkan Cik D-bah hangin nie, rancangan tv sumenye ditunda especially TV... tuuuuutttt
Seminggu ni xdek langsung rancangan pukul 9 malam macam biasa tu.. Memanjang tayang pasal politik. sudah la dekat berita pon politik. Yang jadi tak sedapnya, TV tersebut hanya menayangkan satu pihak sahaja, adakah parti politik ini cuma 1 di negara tettttt? sedangkan kalau lalu lah kat mana2 jalan bagi sesiapa yang tak tau ade berapa parti politik dinegara tetttt macam bendera ada.. Ada penimbang, ada bulan, ada roket dan macam2 lagi.. Tapi yang ditayangkan di televisyen cuma satu iaitu tettttt?dacing. Adakah ini dinamakan bertanding secara adil? sperti yang dikatakan oleh mereka?? Pasal berkempen juga telah menunjukkan ketidakadilannya mereka.. apatah lagi yang laen..
Kalau itu ramai lagi x nampak tak taula... So, kita mestilah berfikir sewaras-warasnya.. Siapakah yang layak menjadi pemimpin untuk masa depan negara?? Fikirlah sejenak..
Lagi satu yang saya tak suka cara mengempen orang2 ini, mengutuk ulama'.. Kalau awak tak nak memilih ulama janganlah sampai mengutuk mereka.. Ilmu mereka lebih tnggi dari awak2 semua tau tak?? Semoga Allah membuka hati mereka2 ini.. Terlalu taksub dengan ketua, sampai ada yang sanggup tak nak masuk syurga.. Nauzubillah..

cukup lah sampai disini luahan pendapat saya..

Wailal Liqa'

Saturday, 20 April 2013

Re-update

Assalamualaikum..

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca tegar blog saya ada ke? haha adakan saja  sebab saya dah lama tak update blog ini.. Sudah sekian lama blog ini ditinggalkan.. Nak kata sibuk, 'idokle' (bak kate orang perak) yeke!!?? hmmm yang bermaksud tidak.. hihi. Sudah bersawang bagai dah blog ni. Penat saya mengemasnye.. hahaha.. (gelak yang tidak bermaksud apa2)  Apa2 pon pada hari ini marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa sebab masih meminjamkan kita nyawa pada hari ini. Alhamdulillah..
Haa..!! teringat saya pada suatu perkara yang dibincangkan bersama abah tempoh hari.. Mengenai perkataan 'Yang MAHA mulia'.. (sengaja saya membesarkan perkataan itu).. Pada pendapat abah saya dari apa yang beliau menuntut ilmu bersama tok guru selama ini, 'Yang MAHA mulia' hanya boleh digunakan pada Allah sahaja.. Tetapi yang memusykilkan saya lagu negeri p***** ade menyebut duli 'yang MAHA mulia', persoalan sekarang ini adakah berdosa kita menyanyikan lagu tersebut kerana kita seperti mengagungkan S***** sama tarafnya dengan Allah S.W.T.. Astaghfirullahalazim.. So, sama2 lah kita mencari kebenaran ini dengan mendalami ilmu agama dengan lebih jauh lagi.. In Shaa Allah..
kepada pembaca-pembaca tegar blog saya ini, saya minta jasa baik anda yang mana tahu mengenai hal ini tolong komen dan jelaskan kepada kita semua.. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.. In Shaa Allah..

P/S: marilah kita berkongsi ilmu disini
(saya bukanlah berilmu tinggi tapi saya cuma berkongsi apa yang saya tahu, harap anda juga seperti itu)
syukran jazilan

Wailal liqa'
ma'as salamah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...